Dakwa rakan maut dipukul suami, wanita harap kematian ‘ex classmate’ terbela

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, barulah kita sedari perangai sebenar pasangan kita. Jika seorang yang baik dan mudah bertolak ansur syukur ‘Alhamdulillah’, namun jika sebaliknya pasti menjadi mimpi ngeri.

 

Kecoh di platform TikTok akan pemergian seorang wanita dikenali sebagai Nikie Ratnadillah Syrial yang dikatakan maut di tangan suaminya.

Menerusi maklumat yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai Fatihah Jawandi yang merupakan rakan Allahyarham megucapkan takziah akan pemergian itu.

@patehoh98__ Semoga mendapat hukuman yg setimpal mcm mane kau buat kat kawan aku sampai meninggal. #fypシ゚viral #viral ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo

Menurutnya, Allahyarham dikatakan telah dipukul dengan suaminya sehingga meninggal dunia.

 

Tambah Fatihah Jawandi lagi, lelaki berkenaan dikatakan sedang bersembunyi di Port Dickson, Negeri Sembilan malah dia turut meminta orang ramai yang menemui lelaki berkenaan untuk membawanya ke balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar perlaku mendapat hukuman setimpal akan perbuatannya yang dianggap sebagai kejam itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati terhadap pemergian wanita itu. Malah, turut geram akan sikap suami Allahyarham.

Salam takziah

Kenapa manusia makin kejam?

Pengajaran buat yang lain

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen