“Dah sampai bulan ke tu?” – Lelaki didakwa 'lalok' sambil tunggang motor cetus kebimbangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kemalangan sememangnya perkara yang tidak diduga, namun boleh jadi berpunca angkara kecuaian orang lain.

 

Lelaki khayal tunggang motor?

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dipercayai dari lebuhraya Seremban 2 menjadi perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Monkey.D.Rango itu memakai pakaian serba hitam sambil memegang plastik di tangannya.

@monkey.d.rango Tetap la terbang walaupon masalah besar melanda 😌 #xyzbca #fypdongggggggg #fyp #tenangisgood ♬ Di Luar Kemampuanku - Ukays

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki berkenaan juga meletakkan plastik tersebut ke bahagian mukanya namun tidak dapat dipastikan untuk apa.

 

Dalam video yang lain pula, dapat dilihat lelaki berkenaan dalam keadaan selamat namun masih lagi seakan menghirup sesuatu dari plastik yang dipegangnya.

@meedbdbd Reply to @monkey.d.rango ♬ original sound - meedbdbd

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar tiada berlaku perkara yang tidak diingini pada lelaki berkenaan.

Malah, mereka juga berseloroh bahawa lelaki tersebut telah sampai ke bulan.

Harap tak libatkan orang lain

Terus terbang

Dah sampai bulan belum?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen