6 tahun tunggu nak ada ‘geng’, abang teruja sambut adik balik dari hospital

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehadiran ahli keluarga baru biasanya memang disambut denngan penuh rasa teruja, tidak kira ibu bapa mahupun adik beradik yang lain.

Lebih-lebih lagi jika selama ini bergelar anak tunggal, kehadiran adik pasti akan memeriahkan lagi suasana rumah.

 

Abang  teruja dapat adik.

Sama seperti seorang kanak-kanak lelaki yang begitu teruja menyambut kehadiran adiknya yang baru pulang dari hospital.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Khasanah Ahmadi ini memaparkan reaksi anak buahnya yang berusia 6 tahun selepas bergelar abang.

Dalam video tersebut dapat dilihat kanak-kanak itu melompat di depan pintu rumah sambil tersenyum lebar apabila melihat kereta ibu bapanya tiba di perkarangan rumah mereka.

@khasanahahmadi_ Edit sambil nangis 😭🤣 Kite yg record ni tadi pon sambil tahan air mate tau 🥺 #fypシ ♬ original sound - Ayangnya Reedzwann🤍

Lebih menyentuh hati, rupanya adik Khalisah ini sering berdoa agar rahim ibunya ada ‘penghuni’ baru.

Tak bagi adik menangis.

Dalam video yang lain pula, Khalisah dikatakan tidak berjauhan dengan adik perempuannya.

@khasanahahmadi_ Balas kepada @adamhazam ♬ suara asli - andre

Malah dia juga makan dan bermain game berhampiran bayi berkenaan. Malah dia turut segera memujuk adiknya sekiranya terdengar bayi berkenaan menangis.

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan kagum melihat kasih sayang yang ditunjukan seorang abang pada adiknya.

Bahkan mereka juga berharap agar kanak-kanak itu terus menjadi abang yang baik buat adiknya sehingga kedua-duanya dewasa.

Excitednya muka dia

 

Kongsi pengalaman sama

Caring abang pun

Sayang betul abang dekat adik

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen