“Ambil tahu pun tak.” – Adik mangsa keganasan rumah tangga terkilan keluarga pelaku lepas tangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah seorang wanita yang hamil empat minggu dipukul oleh suaminya sehingga koma setahun yang lalu pasti masih segar dalam ingatan ramai orang.

Lebih memilukan apabila wanita dikenali sebagai Jahidah itu sehingga kini terlantar lemah di atas katil sekaligus hilang keupayaan terutama dalam membesarkan anak lelakinya, Nufail yang selamat dilahirkan beberapa bulan lalu.

 

Sudah setahun berlalu namun keadilan buat wanita berusia 44 tahun itu masih dinantikan baik keluarga mahupun orang ramai.

"Dari hari pertama, tiada sorang pun minta maaf."

Sentiasa ‘update’ keadaan terkini kakaknya di platform TikTok, Fauziah Nordin berkongsi keadaan si perlaku yang menyababkan kakaknya terlantar, di mana  kini berada di Penjara Johor Bahru dan sedang menunggu tarikh perbicaraan yang dijangka pada 6 dan 7 Julai nanti.

@ziahzara15 Replying to @nashalahyou menunggu perbicaraan 6&7 hb ni ..#babyjahidah #eshannufail #babyajaib #braindamage #mangsaderasuamidayus #ziahzara ♬ Sayang Sampai Mati - Repvblik

Lebih mengecewakan Fauziah adalah sikap tidak bertanggungjawab keluarga si pelaku yang merupakan suami kepada kakaknya serta bapa kepada Nufail yang dikatakan tidak pernah melawat sejak hari pertama Jahidah terlantar atas katil.

@ziahzara15 Replying to @wawamansor689 sakit sihat nufail kami ada bersama nufail. #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara #babyajaib #eshannufail #babyjahidah ♬ Ya Allah - Wali

“Dari hari pertama kak Jahidah koma dipukul, seorang ahli keluarga dia langsung tak ada ambil tahu. Langsung tidak menelefon atau mesej sehingga ke hari ini,” jawabnya ketika disoal oleh seorang pengikut.

 

Sebelum ini, Fauziah memberitahu bahawa kemungkinan Jahidah bakal terlantar di atas katil seumur hidup berikutan mengalamai kerosakan kekal di bahagian otak.

@ziahzara15 keadaan kak Jahidah tak banyak berubah..#ziahzara #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage #oku #eshannufail #babyjahidah ♬ Sudah Tak Cinta - Busking Version - Darulaman Buskers & Shaa

Sehubungan dari perkongsian itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan warganet di mana mereka berpendapat bahawa keluarga lelaki tersebut tidak sepatutnya lepas tangan.

Malah, mereka juga menyatakan bahawa Nufail layak menerima nafkah dari keluarga tersebut.

Dia orang culas tanggungjawab

Dah besar nanti mengaku saudara

Macam itulah acuan

Semoga dipermudahkan urusan

Hidup diaorang tak tenang

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen