Konon tak tahan sangat, pemandu naik berang ditegur kencing depan sekolah –“Satu kampung mari pun tak apa!”

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekolah adalah tempat mennuntut ilmu, maka dengan itu perlu menjadi kewajipan orang ramai untuk menghormati serta menjaga kebersihan bersama di kawasan tersebut. Mana tidaknya, sikap ibu bapa menjadi cerminan anak-anak.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video seorang pemandu Honda Accord yang berang selepas ditegur seorang pemuda kerana dipercayai membuang air kecil di hadapan sebuah sekolah di tempat para pelajar menunggu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Urdazzyboi itu dapat dilihat pemandu berkenaan berang selepas ditegur sekaligus bertindak untuk mengugut.

@urdazzyboi

kalau masuk fyp, comment for part 2 👍🏻🤰

♬ original sound - dazzzzz

Dalam video yang lain pula, pemandu berkenaan bertekak dengan individu-individu yang tidak puas hati dengan kelakukan beliau.

 

Bukan itu sahaja, dia turut mendesak agar rakaman tersebut dipadam sekiarnya tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku.

@urdazzyboi Replying to @urdazzyboi ♬ original sound - dazzzzz

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet berharap tindakan dikenakan terhadap pemandu berkenaan.

Dalam pada itu mereka juga terhibur akan suara jeritan perakam yang nyaring saat didengari.

Kecing dalam botol la

Main ugut dah ni

Tolong ambil tindakan

Kenapa jerit macam tu bang?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen