Kecoh lelaki ‘bogel’ tunggang motor, netizen dakwa terlibat dalam kes bunuh anak isteri?

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak berpakaian sedang menunggang motosikal disebuah lebuh raya.

 

Difahamkan, kejadian itu dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Alet Naim Nawawi namun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian.

 

Video berdurasi 16 saat itu, dapat dilihat lelaki berkenaan menunggang motorsikal di lorong tengah lebuh raya tanpa memakai sebarang pakaian termasuk kasut serta topi keledar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut akan tindakan lelaki berkenaan.

Mental ke?

Mungkin dia panas

Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa lelaki berkenaan tertekan dan terlibat dalam kes membunuh anak dan isteri.

Terlibat kes bunuh?

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen