Lahir dari hasil sumbang mahram dua beradik, bayi alami masalah genetik

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengejutkan! Seorang bayi lelaki yang dipercayai hasil hubungan sumbang mahram meninggal dunia selepas dua jam 10 minit dilahirkan di dunia.

Bayi yang dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu itu dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik beradik.

 

Video yang tular itu memaparkan saat bayi malang itu menangis dalam inkubator ketika jururawat mengelap kulit kering dan bersisik di bahagian bawah badannya.

Untuk makluman, kongenital iktiosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta kasar dengan 'sisik' putih kasar dan halus yang besar.

Menurut portal Daily Star, ibu bayi tersebut berusia 28 tahun dan telah melahirkan anak lelakinya pada usia kandungan 35 minggu dan empat hari.

 

Bayi lelaki itu adalah anak keduanya, yang pertama dilahirkan oleh suami terdahulu dan kehamilan itu normal, tambah kementerian berkenaan seperti dilaporkan portal berkenaan.

Menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun, bayi tersebut dilahirkan 'kongenital iktiosis yang teruk' dan kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai mengancam nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan.

Bagaimanapun, di sebalik usaha terbaik doktor untuk menyelamatkannya, bayi itu meninggal dunia hanya selepas dua jam 10 minit selepas dilahirkan.

Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, dalam bidang perubatan, terbukti dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan membabitkan saudara terdekat.

"Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk.

"Oleh itu, kami meminta golongan muda yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin, pertama sekali, menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya mengelak perkahwinan antara saudara terdekat," katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen