Kereta halang laluan bas, geng lelaki sepakat angkat ‘King’ dipuji netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat pengguna jalan raya, pasti sedia maklumkan akan kawasan parkir kenderaan yang dibenarkan sekaligus tidak mengganggu pengguna yang lain.

 

Bagaimanapun, kadang kala ada sahaja yang memandang remah isu ini akhirnya menjadi punca kepada kesesakkan jalan raya.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video pengguna TikTok Amirafiqqqqq yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat dan mengalihkan kereta Myvi. Gagah betul masing-masing ya!

@amirafiqqqqq ♬ Goda - Bhumiband

Menurut Amirafiqqqqq, bas dinaiki mereka sukar melalui kawasan tersebut disebabkan terhalang oleh kereta berkenaan.

Malah, sebelum mengangkat kereta itu, mereka telah berusaha mencari pemiliknya namun tidak ditemui.

 

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet memuji akan tindakan sekumpulan lelaki berkenaan.

Malah, mereka turut berseloroh bahawa pemilik kereta itu mungkin malu untuk menculkan diri.

'Owner' ada tapi malu

Nasib ke tepi bukan ke laut

Kuat masing-masing

Terbaik!

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen