Bercinta sejak tingkatan 4, rakan2 tahu suspek orang yang baik–“Korang tak kenal dia!”

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejadian pilu yang menimpa dua beranak semalam pastinya sangat mengejutkan ramai orang, terutama dalam kalangan kenalan seperti saudara mara serta rakan-rakan.

Pelbagai spekulasi yang tular di media sosial berikutan kes itu termasuk mendakwa suami mengambil bahan terlarang sehingga sanggup bertindak di luar kawalan.

Suspek penyayang, baik

Susulan itu, beberapa kenalan mangsa dan juga suspek telah berkongsi sikap sebenar pasangan suami isteri itu sekaligus menepis segala tuduhan tidak sewajarnya.

Menurut seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Eykaa Sajee meyatakan bahawa suspek merupakan seorang suami yang penyayang dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian.

Dalam pada itu seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hisyam Rasyid juga mengenal suspek secara peribadi dan mengakui bahawa lelaki berkenaan seorang yang baik.

Baru berhubung 3 hari lalu

Bukan itu sahaja, seorang wanita dikenali sebagai Shira Sharel juga mengakui mengenal pasangan tersebut sejak bangku sekolah lagi. Malah, sempat berbalas mesej dengan Allahyarham Hajar Nursyahirin sekitar tiga hari lalu.

Bukan gambar dengan anak.

Menerusi satu kenyataan Komuniti Bakar Batu menyatakan bahawa gambar Allahyarham yang tular bersama seorang bayi itu bukan cahaya mata Hajar Nursyahirin sebaliknya gambar lama.

Apa-apa pun, salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga arwah bersama anaknya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen