Malaysia jadi sebutan di bumi Mekah, dipuji hebat urus jemaah haji. -"Ia yang terbaik di dunia..."

Melihat cara pengendalian yang dilakukan oleh negara kita terhadap jemaah Haji tahun ini, siapa sangka Malaysia menjadi sebutan di Makkah.

Malaysia dipuji bijak urus jemaah haji

Perkara itu diucapkan lebih daripada 10 kali oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Taufiq Fawzan Al-Rabiah sewaktu berlangsungnya Simposium Perdana Haji pada Isnin.

Majlis yang menghimpun pemimpin dari pelbagai negara Islam turut menjadi saksi pada pengiktirafan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dalam membentuk sistem teratur dan terkini setiap kali musim haji.

"Kami menghargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk memberi jemaah latihan, persediaan, pendidikan...ia menjadikan ibadah haji lancar dan selamat."

"Kami mengharapkan (lebih banyak) kerjasama dengan kerajaan Malaysia. Kami berbesar hati dengan kerjasama yang telah kita lakukan bersama dan saya merancang untuk melawat Malaysia tidak lama lagi, in shaa Allah."

-Dr Taufiq-

"Tahniah Malaysia..."

Sementara itu, Setiausaha Agung International Islamic Fiqh Academy iaiti Prof Datuk Dr Koutoub Moustapha, Malaysia mempunyai pengalaman yang sangat hebat dalam mengendalikan jemaah haji berbanding negara lain.

"Tahniah Malaysia atas pencapaian ini. Banyak negara Islam yang ingin belajar daripada pengalaman Tabung Haji. Ia yang terbaik di dunia."

-Dr Koutoub-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen