Pemilik kedai emas 'kunci mulut', enggan ulas video Syamsul Yusof dan Kazar

Beberapa hari lalu, tular sebuah video menyaksikan gelagat pengarah Syamsul Yusof berkolabrasi bersama pelakon veteran, Kazar.

Hantaran itu sebaliknya menerima kecaman dan krtitikan, bilamana rata-rata warganet beranggapan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perasaan isterinya, Puteri Sarah yang melakukan bermacam cara demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Pemilik kedai emas 'kunci mulut'

Bagaimanapun, wanita yang dipercayai pemilik kedai emas yang dikenali sebagai Rozita enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video tersebut.

Namun, salah seorang pekerjanya bernama Ruzaimi pula bersuara memperjelas kejadian tersebut.

"Puan Rozita memaklumkan bahawa dirinya tahu mengenai penggambaran itu di kedai."

"Namun, harap maaf beliau tidak mahu mengulas mengenai video terbabit."

-Ruzaimi-

Motif video tak diketahui

Bercerita pula tentang motif rakaman, Ruzaimi akui tidak mengetahui sama ada babak itu sebahagian gimik pemasaran atau sebaliknya.

 

Untuk makluman, hangat diperkatakan ketika ini tentang kontroversi yang menghimpit rumah tangga Syamsul dan isterinya disebabkan oleh orang ketiga.

Hal itu menjadi kecoh apabila individu yang dipanggil 'perampas' itu adalah anak kepada Kazar iaitu Ira Kazar.

Justeru itu, netizen luah geram dengan tindakan Syamsul Yusof berbuat demikian, tambahan pula bersama Kazar pula.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen