Jemput Haqiem Stopa beri motivasi, netizen kesal dengan pihak sekolah -“Tak ada role model lain ke?”

Oleh: Zuzu Yasmine

Nama Haqiem Stopa sentiasa menjadi sebutan terutama dalam kalangan remaja berikutan diberi jolokan sebagai ‘ikon pemotoran’ selepas bertemu Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal.

Haqiem Stopa datang sekolah bagi 'talk'

Bagaimanapun, netizen menyifatkan gelaran tersebut tidak sesuai dengan pemuda berkenaan kerana lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ memandangkan selalu berkongsi konten berkaitan motosikal di TikTok. 

Baru-baru ini, pemuda itu sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video yang memaparkan dirinya ke sekolah lama untuk memberikan motivasi.

@haqiemstopa Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound - Haqiem_stopa

Dalam video tersebut, dapat dilihat pemuda itu disambut mesra oleh guru-guru sekaligus berkongsi kepada para pelajar tentang apa yang dilaluinya.

Namun begitu, ada segelintir netizen mempersoalkan perkara itu yang dikatakan menerima seseorang digelar ‘mat rempit’ untuk memberi motivasi.

"Dia gelar diri dia mat rempit."

Perkara itu diluahkan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elill_E yang turut tidak bersetuju akan perkara itu.

Elill_E juga berkongsi beberapa kes yang melibatkan remaja bawah 18 tahun yang terlibat dalam kemalangan serta ditahan kerana aktiviti merempit.

Sehubungan dengan luahan itu, rata-rata warganet turut tidak bersetuju akan perkara itu dan berpendapat bahawa ikon tersebut tidak sesuai dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Malah, mereka juga bimbang sekiranya pemikiran pelajar sekolah tersebut terpengaruh dengan ikon pemotoran itu.

Jemput yang rambut berkarat

 

Apa pihak sekolah fikir?

Tak ada orang lain agaknya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen