Tetap teruskan akad nikah, pengantin sah jadi suami isteri dalam ambulans

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya majlis akad nikah akan diraikan di rumah, masjid mahupun dewan yang telah pun ditempah. Bagaimanapun, kadang kala atas sebab-sebab tertentu menyebabkan majlis yang sepatutnya dirancang terpaksa dibatalkan.

Nikah dalam ambulans.

Namun lain pula yang dialami pasangan pengantin ini apabila momen bahagia menjadi unik apabila disatukan di dalam ambulans.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Fareez Fernandez itu, memaparkan pengantin lelaki terbaring semasa majlis akad nikah itu berlangsung.

@fareezfernandez #fyp #pengantinviral ♬ original sound - Muhd Arash - Arashamerrr

Malah, apabila sah bergelar sebagai suami isteri, pengantin wanita pula duduk di samping pengantin lelaki untuk penyerahan masa kahwin.

Menurut Fareez Fernandez, segala persiapan sebenarnya telah dibuat namun disebabkan pengantin lelaki mengalami kemalangan hingga patah tulang peha membuatkan mereka sepakat untuk nikah di dalam ambulans tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut sekaligus mendoakan kesembuhan pengantin lelaki.

Malah, mereka juga berpendapat bahawa kejadian seperti ini tersangat unik dan jarang berlaku.

Rare betul

Selamat pengantin baru

Lepas ni boleh suruh isteri jaga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen