Lama tunggu giliran, pemuda tergamam pegawai JPJ suruh ke kaunter lain. -"Dia kata penat.."

Seorang lelaki yang juga merupakan pemilik kenderaan pelancong berkongsi pengalamannya sewaktu berurusan dengan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

 

Pegawai JPJ mengeluh penat di kaunter

Dia bernama Wong Qiau Wei terkesima dengan layanan yang diberi seorang petugas JPJ yang ketika itu berada di kaunter urusan.

 

Menurutnya, ketika tiba di kaunter, anggota terbabit merungut melihat dokumen yang dibawa Qiau Wei pada hari kejadian.

"Ini apa? Kenapa begitu banyak dokumen? Saya tidak mahu tengok. Saya penat. Kamu cari orang lain."

Terpaksa ke kaunter lain

Insiden membuatkan dia rasa 'tergamam' kerana setelah sekian lama menunggu giliran, akhirnya dilayan sebegitu pula.

Hal itu juga kemudian mendorong dirinya untuk membuat aduan kepada pihak atasan secara atas talian .

 

"Aik, boleh pula macam tu"

Disebabkan kes itu, netizen mula 'naik angin' dengan sikap anggota terbabit yang sepertinya langsung tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya.

"Adab kerja gomen ni sama je"

"Paling pun tukar bahagian "

 

 

Pegawai JPJ mohon maaf

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Qiau Wei memaklumkan bahawa aduan tersebut telahpun sampai ke pengetahuan pihak atasan.

 

Bukan itu sahaja, pihaknya juga enggan memanjangkan isu lagi memandangkan anggota terbabit telahpun bertemu dengannya untuk membuat permohonan maaf atas perlakuannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen