Temu bual terganggu sebab bunyi hon, netizen pertikai pemuda suruh peniaga roti diam

Bagi individu yang pernah membuat liputan secara 'live' pasti sudah terbiasa dengan cabaran luar yang adakalanya menyukarkan tugas mereka.

Bukan sahaja disebabkan oleh faktor cuaca, tetapi juga keadaan sekeliling sehingga tugasan tergendala ataupun terganggu.

Peniaga roti diminta diam waktu liputan

Misalnya seperti rakaman yang dimuat naik di Facebook. 

Dalam video berdurasi 15 saat itu menyaksikan detik apabila temubual wartawan terganggu disebabkan bunyi hon peniaga roti di sebuah kawasan rumah flat.

 

 

"Kenapa dia kena senyap?"

Situasi tak disengajakan itu bagaimanapun menjadi perbualan dalam kalangan warganet apabila seorang lelaki berbaju kuning yang berdiri di sebelah Hannah Yeoh meminta agar peniaga itu senyap.

Sementara, individu yang ditemu bual hanya tersenyum dan kekal tenang berdepan kejadian tersebut.

"Korang yang salah pergi duduk situ"

"Aney boleh buat aduan"

 

"Comellah Hannah, lembut je orangnya"

Dalam waktu sama, kelembutan tingkah laku ahli parlimen  Segambut itu juga dipuji ramai susulan mengenangkan reaksinya yang bersahaja mengawal situasi tersebut.

"Respect, tak ada nak marah"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen