Bawa ‘mat rempit’ datang sekolah bagi ‘talk’, penganjur tampil jernihkan keadaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh hari ini apabila seorang pemuda yang berperwatakan ‘mat rempit’ hadir ke sekolah dipercayai memberi motivasi buat para pelajar menjadi kecaman ramai.

Susulan itu, penganjur dari yang menjemput pemuda tersebut telah tampil menjelaskan isu yang sedang hangat ini.

Topik 'Buli itu Jenayah'.

Menerusi hantaran Facebook Meja Kerja Rizan Hassan, kehadiran pemuda yang dikenali sebagai Haqiem Stopa itu adalah untuk menjayakan inisiatif ‘Cerita Orang Gagal (COG)’.

Difahamkan COG itu bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa setiap individu berpeluang untuk berkembang bagi mengatasi kegagalan masa lalu.

Bukan itu sahaja, COG juga turut membicarakan isu mengenai ‘Buli Itu Jenayah’ yang mana menjadi topik pada tahun ini.

Pengajur juga dikatakan turut membawa seorang bekas pembuli, Emam Sapekri yang merupakan bekas pelajar di Sekolah Henry Gurney namun berjaya meraih 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut penganjur, kehadiran Haqiem Stopa sebagai insan yang dibuli di alam maya yang merupakan satu kaedah buli terkenal dalam kalangan masyarakat masa kini.

“COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berkongsi pengalaman hidup.


“Di penghujungnya, jika anda di kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda di kalangan yang gagal akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini,” petik hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’.

Tiada bayaran atau sumbangan.

Jelasnya lagi, tiada sebarang ‘bayaran dan sumbangan’ dikenakan sama ada kepada penceramah, penganjur mahupun sekolah terlibat. Kos perjalanan dan penginapan juga adalah tanggungan sendiri.

Untuk makluman semua, Jelajah ‘Cerita Orang Gagal’ itu akan bersambung pada hari esok di salah sebuah sekolah di kawasan Petaling Jaya, Selangor dan beberapa sekolah lain di sekitar Malaysia pada masa akan datang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen