Dah teruja nak buat 'content' dalam kereta, gadis 'terciduk' polis suruh berhenti tepi

Sudah menjadi lumrah generasi masa kini, setiap 'moment' yang dilalui pasti akan dirakam dengan alasan agar menjadi kenangan dan tatapan di masa akan datang.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap 'cabaran' baharu yang dilakukan oleh kebanyakan orang untuk hiburan diri.

Gadis terkesima kena tahan polis

Begitulah juga yang ingin dilakukan gadis ini, tetapi lain pula yang jadi apabila dia ditahan oleh pegawai polis ketika melalui sekatan jalan di lebuhraya.

@wani.aminuddin

Terus tak jadi nak buat. Sorry tuan 😫😭

♬ Finger Dance TikTok - غزلان

 

Dalam video pendek itu, menyaksikan dia baru sahaja hendak memulakan videonya dengan merakam lenggok jemari di permukaan cermin hadapan tetapi sudah diminta ke tepi pula oleh pegawai terbabit.

"Tak ada sambungan ke?"

Bagaimanapun, pemilik akaun tidak menjelaskan lanjut akan kejadian yang berlaku selepas ditahan membuatkan warganet saling berteka teki.

"Tengok tangan dah tahu takut"

Pun begitu, tak kurang juga yang terhibur mengenangkan kejadian itu yang benar-benar di luar jangkaan mereka.

"Cari pasal lah"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen