Wahai 'Match Maker', Usah Paksa Rakan Anda Untuk Menerima Si Dia!

Apakah peranan orang tengah atau di panggil match maker? Apabila rakan-rakan atau adik-beradik nya sendiri masih single dan ingin mengakhiri zaman bujang tetapi tidak mempunyai calon. Maka, orang tengah yang di panggil untuk mencarikan mereka jodoh, sama ada sahabat baik atau ahli keluarga yang terdekat.

Peranan match maker juga untuk set ‘blind date’ supaya anda dan si dia mudah untuk bertemu di mana-mana sahaja seperti yang telah dirancang.

Pelbagai usaha juga telah dirancang seperti tempat makan, aktiviti yang perlu di lakukan, atau perlu berteman atau pun tidak. Tetapi bagaimana pula match maker yang terlalu menyibuk hal anda sehingga membuatkan anda rimas?

“eh, kau kena pilih dia ni, aku tengok dia handsome juga, kereta bmw, dah ada rumah sendiri, so kau tak payah la lepas ni nak pening kepala stay rumah mertua”

Atau

“Kau tu jangan la memilih sangat, memang la dia gemuk, tapi dia ni banyak duit tau, gemuk tu nanti kau boleh la train dia lepas kawen, jadi kurus, hehehe”

Sebahagian daripada mereka mungkin tidak sedar akan tindak tanduk mereka, kerana terlalu teruja untuk memilihkan calon untuk anda. Tetapi apa yang mereka lakukan tanpa sedar adalah mereka seperti memilih calon mereka sendiri? Kadang kala anda mempunyai match maker kerana telah terlalu lama bersendirian sehingga ramai orang mencemuh anda masih belum berumah tangga, sehinggakan anda sudah malas untuk mencari calon.

Selain daripada itu, anda juga bukan terlalu memilih, tetapi biar sepadan dengan diri sendiri. Di kemudian hari, berkemungkinan orang lain tidak akan mencemuh anda dengan ‘Jodoh asal boleh’.

Mentaliti masyarakat bagaikan:

“Isteri cantik, putih melepak, tapi laki hmmm”

atau

“Handsome betul pengantin lelaki, tapi perempuan biasa-biasa je”

Orang tengah, orang per-antara-an atau match maker, usah la terlalu memaksa mereka yang single untuk menerima orang yang anda telah pilih. Mereka keseorangan tetapi tidak pula kesunyian.

Anda boleh tolong mencari tetapi tidak pula memaksa. Perasaan dan cinta itu hadir tanpa di sangka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen