“Nanti Kalau Saya Kahwin, Tolong Jadi Isteri Saya Boleh Tak…” 4 Sebab Lelaki Sweet Menjadi Kegilaan Para Gadis.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mesti ada ciri-ciri lelaki idaman. Yang tinggi ke, yang macho ke ataupun yang manis saja bila berkata-kata. Tapi betul ke apabila menjalinkan hubungan lelaki sweet ini buat kaum wanita tidak tentu arah. Eh kenapa pula? Sebab setiap kata-kata dia manis macam gula ke? Sampai kaum wanita kena kencing manis. Eh tidak lah, tetapi mereka ini mahir dalam beberapa perkara yang mampu membuat wanita tergilakan mereka. Apa yang mereka ada?



1. “Sweet talker”

Lelaki yang bermulut manis ini senang dijumpai. Tetapi ia terdapat dua jenis. Yang pertama dia sweet talker kepada gadis yang dicintai sahaja, manakala yang kedua dia akan sweet talker kepada semua gadis yang dijumpai. Tapi mana tahu yang nombor 2 dua lepas kahwin dia hanya akan sweet untuk isteri dia sahaja. Ye tak?

2. Pandai memujuk.

Sudah menjadi lumrah lelaki bermulut manis ini pasti terror bab memujuk. Pasti dia akan mencari seribu cara untuk memastikan si jantungnya cair semula selepas merajuk. Mesti hubungan senang pulih apabila selepas bergaduh kan?



3. Nampak macho.

Lelaki yang sweet ini jarang betul kita jumpa yang tidak kemas. Sebab sebelum dia nak benda-benda sweet, pasti dia menyiapkan dirinya dahulu supaya kelihatan lebih yakin dan berketerampilan. Nak pikat hati gadis tiap-tiap hari ini agak susah, walaupun dia telah menjadi milik anda.

4. Pickup line.

Ada ke gadis yang tak suka dengan pickup line ini? Tapi masih ramai lagi yang suka kan? Kadang-kadang pickup line ini bukannya sesuatu yang annoying pun, tapi ia lebih untuk menambat hati pasangan dan buat dia jatuh cinta all over the time. Kadang-kadang lelaki berkias dalam pickup line ini takut kena reject mungkin. Sebagai contoh, “nanti kalau saya kahwin, tolong jadi isteri saya boleh tak”.

Mungkin dengan cara bergurau itu boleh buat mereka berjodoh bukan. Siapa tahu? Apa-apa pun ramai ke yang minat lelaki sweet ini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen