Rakyat berjaya 'tembusi' istana, jumpa jutaan wang disimpan Presiden Sri Lanka

Kesabaran rakyat Sri Lanka akhirnya sampai ke penghujungnya apabila mereka berjaya menceroboh masuk ke dalam Istana Presiden kerajaan itu, Gotabaya Rajapaksa di Colombo.

Video protes besar-besaran itu telahpun tular di segenap platform media sosial sekaligus menjadi perhatian dunia ketika ini.

Rakyat Sri Lanka jumpa duit dalam istana

Sepertimana yang dikongsi @Janey_J, menyaksikan penemuan sejumlah wang besar di dalam istana tersebut.

Dalam waktu sama, mereka turut mempersoalkan asal usul duit sebanyak itu ditengah-tengah krisis ekonomi yang melarat di negara berkenaan. 

 

 

Bagaimanapun, difahamkan wang yang ditemui penunjuk perasaan telah diserahkan kepada badan keselamatan. 

 

Rumah Perdana Menteri pun kena ceroboh

Mereka tanpa 'menoleh' lagi terus memecah masuk istana, merobohkan penghadang polis, berenang di dalam kolam renang serta menggeledah segala sudut dalam istana tersebut.

 

Selain itu, rumah persendirian Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe juga dipecah masuk dan dibakar oleh penunjuk perasaan.

Pihak polis terpaksa menggunakan mariam air dan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan.

 

Untuk makluman, Wickremesinghe dilantik menjadi Perdana Menteri Sri Lanka pada Mei lepas, namun telah mengumumkan pengundurannya bagi menjamin kestabilan negara.

Manakala, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan turut ingin melepaskan jawatan Presiden miliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen