Menyamar jadi peguam pihak Amy, kekasih kantoi lepas 'naik angin' disuruh mengucap

Sejak semalam, tular beberapa rakaman suara antara abang kepada Siti Nur Amirah Abdullah (Amy) dengan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai peguam.

Menyamar jadi peguam nak saman keluarga Amy

Menerusi perkongsian semula di Twitter, peguam itu memaklumkan bahawa dia bagi pihak Amy akan mengemukakan saman ke atas keluarga wanita terbabit atas pertuduhan mengugut dan merogol.

 

 

Namun abang kepada Amy mencurigai sesuatu, bilamana panggilan yang dibuat oleh peguam itu adalah menggunakan telefon bimbit anak guamnya (Amy), bukan telefon bimbit sendiri.

"Tak ada siapa berani jawab call saya...dah 45 kali saya call..."

"Saya juga mualaf, saya juga Islam...siapa yang ugut isteri saya?"

"Buto suruh aku mengucap"

Lama kelamaan, perbualan mereka jadi bersimpang siur apabila peguam itu mula menunjukkan karakter sebenarnya selepas abang Amy menyuruh dia mengucap.

 

 

"Eh, buto kau suruh aku mengucap...mengucap kepala otak kau, perempuan (isteri) saya telah diugut."

"Kamu sebagai abangnya dah failed (gagal), kamu tak boleh protect (jaga) perempuan."

Kekasih 'terciduk' lepas lakonan tak jadi

Sesudah itu, barulah paguam itu mengaku bahawa dia adalah Alex yang juga merupakan suami kepada Amy.

Menerusi perbualan mereka, dapat kita nilai sendiri keadaannya yang sepertinya sedang 'lalok' ketika membuat panggilan tersebut dan menyamar menjadi peguam.

 

 

"I minum ketum, I keling mabuk, I Islam...ketum dan heroin pun saya angkat..."

Dalam pada itu, Alex juga mengaku bahawa perbualan mereka dirakam dan berhasrat akan menyebarkannya di media sosial, kononnya dia dan Amy menjadi mangsa keadaan.

Sebaliknya, dia pula diketawakan warganet yang rata-ratanya sudah terdahulu 'menghidu' helahnya untuk menyelamatkan diri.

Video separuh 'terlanjang' tular

Sebelum ini, tular sebuah video menyaksikan tindakan berani seorang wanit membuka pakaiannya di atas pentas selepas mengaku penghafaz Quran 15 juzuk.

Kecaman demi kecaman dilemparkan kepada wanita terbabit sehingga akhirnya dia dan suaminya bernama Alex ditahan polis bagi membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen