Matahari makin 'tinggi', penduduk buntu lembu buat perangai sebelum dikorban

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha, umat Islam juga tidak ketinggalan untuk turut melakukan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan sepertimana yang dituntut dalam Islam.

Lembu 'jatuh' dalam longkang

Mengambil perkongsian di Facebook, penduduk sekitar Shah Alam yang mengikuti aktiviti korban minggu lalu berdepan detik sukar apabila seekor lembu terlepas dari kepungan mereka.

 

Meskipun dapat dijejaki, namun timbul masalah lain pula bilamana haiwan itu perlu dibawa naik semula ke darat kerana orang ramai menemuinya di dalam longkang besar yang dipenuhi air.

Mujur air tak tinggi

Bagaimanapun, mujur paras air itu tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan pergerakan haiwan tersebut.

Pun begitu, pemilik akaun tidak menjelaskan lanjut kesudahan kejadian yang berlaku sama ada mereka terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa atau sebaliknya.

"Nampak sepupu lah tu"

Meninjau ke ruangan komen, warganet berseloroh dengan berandaian lembu itu mungkin takut seolah-olah mengetahui nasib yang menunggunya.

"Sebab tu menyorok"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen