Kena langgar dulu rupanya, punca wanita mengamuk halang kereta Alphard

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, tular di media sosial akan video seorang wanita dipercayai warga Singpura dikatakan terlibat dalam pergaduhan di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah.

 

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat wanita berkenaan cuba menghalang sebuah kereta mewah berwarna hitam dari bergerak hingga mengganggu lalu lintas jalan raya tersebut.

Disebabkan perbuatan itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu malah, wanita berkenaan juga menerima kecaman ramai.

Bagaimanapun, wanita berkenaan telah mendedahkan cerita yang sebenar-benarnya berlaku sehingga dia mampu bertindak sedemikian rupa.

 

Memetik laporan ShinMin Daily, wanita berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang bersama anak lelakinya untuk melawat sanak saudara.

Ketika anak lelakinya memandu kereta berjenama Alphard itu cuba memotong barisan selepas menunggu lama di Checkpoint JB.

Bagaimanapun, anak lelakinya tidak memberi peluang kenderaan tersebut memotong namun pemandu berkenaan tidak mengalah hingga melanggar kereta mereka.

Bertindak mahu mengabaikan perkara itu, wanita berkenaan tidak menyangka apabila kereta Alphard tersebut memmberhentina kereta sebelum mencari hadauh dengan anak lelakinya.

 

Bengang anaknya dimarahi, dia bertindak untuk berbincang namun pemandu berkenaan enggan berkerjasama meskipun wanita itu ada di depan matanya.

Jelasnya, menyedari kakinya luka akan kejadian tersebut membuat dia hilang arah dengan mencabit nombor plat kereta tersebut dan membalingnya ke cermin hadapan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen