"Kanabis dan ganja dalam perubatan dibenarkan tahun depan." -Khairy Jamaludin

Khairy Jamaludian dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa penggunan kanabis dan ganja dikenali sebagai cannabidiol (CBD) di dalam produk perubatan dibenarkan mulai tahun hadapan.

"Hanya tujuan perubatan sahaja..."

Menteri Kesihatan itu berkata, keputusan dibuat setelah kajian awal kementerian dan Bahagaian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati terdapat bukti penggunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

Namun begitu, produk CBD hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekaligus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.

"Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan . Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan."

"Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter . Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD...."

"Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik."

-Khairy Jamaludin-

Tak perlu kelulusan Parlimen

Tambah Khairy, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.

Bagaimanapun, Khairy mengakui ada yang meminta beliau supaya membenarkan penanaman ganja di negara ini.

"Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor , penerimaan pesakit..."

"Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman."

"Ramai yang hantar usul nak buat ladang ganja dan sebagainya, tetapi kita belum sampai tahap itu. Satu demi satu, dan buat masa ini produk CBD hanya preskripsi doktor dan bukan boleh dibeli di kaunter."

-Khairy Jamaludin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen