Kurang ajar! Budak perempuan tunjuk isyarat lucah & penumbuk buat bayi nangis ketakutan

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak yang tidak terurusan mendekati sebuah kereta dipercayai ketika berada disebabkan kesesakan jalan raya.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai 8hannels, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu menunjukkan isyarat lucah selain turut menghulurkan penumbuk kepada penumpang kereta berkenaan.

@8hannels

Menarik juga situasi di Simpang Takada sekarang ini. Kesesakan jalan situ bukan masalah sudah bagi kita. Sebab kita ada penemanan budak ini waktu menunggu.

♬ original sound - 8hannels

Tidak hanya itu sahaja, kanak-kanak itu seolah-olah cuba memprovokasi penumpang kereta berkenaan dengan riak wajanya apabila mengetahui dirinya dirakam.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu juga dapat didengari tangisan suara bayi yang dipercayai ketakutan akan tindakan kanak-kanak berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram akan sikap kanak-kanak berkenaan yang dikatakan agak kurang ajar.

Malah, mereka juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan seperti ini.

Dekat Sabah je jumpa geng ni

Lagi rekod lagi suka

Mana penguatkuasa?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen