Wanita gembira pulang kampung jadi petanda 'ajal', anak terputus kaki pula belum tahu ibu pergi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekali lagi kejadian pilu yang mengejutkan apabila media melaporkan satu kemalangan yang melibatkan treler sehingga meragut nyawa seorang wanita manakala dua kanak-kanak pula cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, melibatkan dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

Menerusi rakaman dashcam yang tular berkaitan kejadian tersebut, dapat dilihat kenderaan yang berada di lampu isyarat berdekatan lokasi kejadian, sebuah lori bermuatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Difahamkan, lima mangsa yang terlibat iaitu seorang wanita dewasa dipercayai telah meninggal dunia manakala  kanak-kanak yang juga anak lelakinya parah. Tiga lagi mangsa alami kecederaan ringan.

 

Memetik laporan Harian Metro, kakak ipar kepada mangsa yang meninggal dunia iaitu allahyarham Yusni Abdul Hamid, 33, memaklumkan bahawa wanita itu terlihat sangat gembira ketika pulang ke kampung kerana sempat minta dimasakan pelbagai juadah.

“Arwah kelihatan sangat gembira pulang ke kampung kali ini, malah dia minta saya memasak macam-macam.

“Saya tak sangka ini sebab dia nak ‘pergi’ selama-lamanya,” kata Noraini Tadilin.

Yusni yang juga seorang ibu tunggal telah pulang ke kampung halaman selama seminggu bagi meraikan Aidil Adha tempoh hari memandangkan dia bekerja di Pulau Pinang.

Difahamkan, tiga orang anaknya berusia 6 hingga 12 tahun juga dijaga oleh bapanya, Abdul Hamid Ali, 65.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Allahyarham telah membawa anak sulung, Mohammad Sharul Rizal Mohd Azizi, 12 untuk membuat kad pengenalan sebelum kejadaian tersebut berlaku. Kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan parah apabila sebelah kakinya putus dan belum diberitahu tentang pemergian ibunya.

“Ketika dapat tahu dia (arwah) kemalangan, saya sedang siapkan sayur lemak petola permintaan arwah, namun dia tak sempat makan,”

“Kami belum beritahu dia (anak arwah) mengenai ibunya sudah meninggal kerana bimbangkan keadaannya,” katanya.

Untuk makluman, kemalangan yang melibatkan 29 kenderaan itu dipercayai berlaku apabila treler muatan besi dari Jertih, Terengganu cuba membelok ke arah bandar Pasir Puteh sebelum terbabas.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen