Dah puas membujang, lelaki gigih gantung ‘banner’, sebar ‘flyers’ demi cari teman hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah puas membujang, pastinya ramai yang melakukan pelbagai cara untuk bertemu dengan pasangan hidup.

Bagaimanapun, lain pula cara yang digunakan oleh seorang pemuda dikenali sebagai Ariff Peter apabila bertindak lebih berani dalam mencari calon isteri.

"Kita yang tak hensem ni kenalah cari bakal isteri bersungguh-sungguh."

Berkongsi pencariannya di platform TikTok, Ariff dikatakan sudah lama hidup sendiri dan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga.

@ariffpeterhensem01

Kita yang tak hensem ni kenalah cari bakal isteri bersungguh-sungguh 😮‍💨

♬ original sound - Ariff Peter

Meskipun pernah dikecewakan beberapa kali sebelum ini, namun Ariff tekad memasang banner di tengah pekan bagi mencapai impainnya.

Ariff juga mengakui dirinya tidak tampan akan tetapi itu bukan halangan untuknya dalam mencari pasangan hidup dengan cara tersendiri. Lebih mengejutkan lagi apabila ini bukan kali pertama dia melakukan tindakan berani seperti ini.

Siap offer RM10,000.

Menerusi perkongsian di Instagram pula, Ariff turut menyebarkan flyers pencarian pasangan hidupnya pada orang awam.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

Lebih mengagumkan lagi apabila dia juga menawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan pasangan hidup buatnya.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet kagum melihat usaha lelaki berkenaan. Malah, mereka juga turut menawarkan kenalan mereka sebagai pasangan hidup lelaki tersebut.

'Struggle' betul cari jodoh

Ada kenalan nak 'let go'

Moga jumpa jodoh terbaik 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen