Terima beberapa laporan, polis tahan pengasas kelab komedi

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan kes wanita menghina Islam di sebuah kelab komedi, pihak polis telah menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse tengah hari tadi.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah lokasi di ibu negara dan akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Difahamkan, lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman oleh pihak polis, pagi esok.

"Tangkapan dan siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya.

Menurut sumber, penahanan ke atas lelaki itu dibuat susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Sementara itu, pihak Bukit Aman dijangka mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilapor berkata, operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail di sini, itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Beliau dipetik berkata, pemilik premis itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen