Dah kahwin tapi tak ‘disentuh’, wanita kecewa suami rupanya jalinkan hubungan sejenis

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumah tangga yang dibina pastinya penuh dengan rasa cinta antara kedua-duanya. Namun, siapa sangka perkahwinan yang menjadi impian itu rupanya hanya sebagai pelindung pasangan yang menjalinkan hubungan sulit sesama jenis.

Itulah yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cndyynsd apabila berkongsi perjalanan rumah tangga yang didirikan bersama lelaki yang dicintainya.

@polaroidnya_iyusi Balas @f41592 buat yg tanya tanya karna video kaka nya di hapus dan untung aku sempet save. #suamigay #cowoselingkuhsamacowo ♬ Naura Ayu Jalan Tengah cover by Kaleb J - Kaleb J

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari apabila sikap suami Cndyynsd mula berubah dan perbuatan ‘jijik’ lelaki berkenaan terbongkar selepas mereka bernikah.

Wanita berkenaan juga menunjukkan bukti-bukti perbualan suaminya bersama lelaki lain malah lebih mengejutkan lagi apabila mereka tidak pernah ‘bersama’ sepanjang perkahwinan.

Remuk hatinya lagi, apabila suaminya itu terus menghilang selepas perbuatan tersebut terbongkar dan dengan rela hati ingin bercerai.

Tidak sangka perkara sebegini akan terjadi dalam hidupnya, wanita berkenaan terasa begitu kecewa sehingga pernah ingin membunuh diri namun diselamatkan oleh keluarganya.

Bagaimanapun, selepas perkara itu tular, wanita berkenaan memadam video tersebut kerana tidak mahu kisah hidupnya menjadi perbualan orang ramai.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen