“Dia dah jalan & makan macam biasa.” – Kanak2 ‘overdose’ dadah kini sihat sepenuhnya

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan lalu, Malaysia dikejutkan akan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang dikatakan kritikal selepas tertelan dadah jenis Methammphetamine.

Terbaru, ibu kepada kanak-kanak berkenaan memaklumkan bahawa anaknya itu sudah kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Katanya, keadaan anak lelakinya itu kini sudah bertambah baik apabila sudah mula makan, berjalan dan telah memulakan aktivitinya seperti kanak-kanak lain.

"Alhamdulillah, anak saya sudah pulih. Saya sangat bersyukur, dia sudah mula berjalan dan makan seperti biasa. Dia juga dah mula aktif seperti biasa," katanya.

Wanita berusia 36 tahun itu juga mneyatakan keadaan anaknya nampak bertambah baik sejak keluar daripada hospital selepas mendapat pemantauan rapi doktor di unit rawatan rapi Wad Kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.

Terdahulu, kanak-kanak berkenaan dilaporkan hanya dapat membuka mata, menggerakkan kaki dan tangan dalam bertindak balas selepas seminggu menerima rawatan di hospital.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen