Lebih yakin nak selamatkan orang, Abang Viva takkan lari lagi kalau ada orang pengsan

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkenal sebagai wira banjir, Abang Viva atau nama penuhnya Azwan Omar dikatakan telah selesai menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam yang berlangsung tiga hari berakhir hari ini di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

Memetik laporan Utusan Online!, pemuda berusia 30 tahun itu kini lebih berasa yakin untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa bencana terutamanya melibatkan banjir, jika terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan pada masa akan datang.

Katanya, kemahiran asas seperti bantuan pernafasan (CPR) dan ikatan amat penting ketika menyertai misi menyelamat, bukan sahaja untuk membantu mangsa tragedi namun kepada diri sendiri apabila berdepan detik cemas.

“Sebelum ini tengok orang pengsan pun saya lari, sekarang insya-Allah saya boleh bantu dengan ilmu yang ada semasa menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam ini.

“Untuk pengalaman pertama kali sertai kursus APM ini, banyak benda baharu saya pelajari. Saya diajar ikatan simpul mati dengan lebih baik, diajar menjadi lebih berdisiplin yang mana pengalaman ini tidak dapat di tempat lain.


“Sebelum ini saya memang tidak tahu apa-apa, pergi misi bantuan banjir pun secara solo tanpa pengalaman semua. Tapi dengan kursus ini stamina kita semakin bertambah,” katanya.

Terdahulu, kisah Abang Viva tular selepas berjuang menyelamatkan mangsa banjir hanya menggunakan kereta Perodua Viva serta membawa sebuah bot getah berserta enjin bot miliknya.

Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan juga hanya membawa wang tunai sebanyak RM50 iaitu RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta manakala RM30 lagi bagi membeli makanan buat mengalas perut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen