Hasil sumbangan seluruh dunia, wanita hina Islam dijangka bebas hari ini?

Ekoran kes wanita dan teman lelakinya menghina Islam minggu lalu, khabar angin memaklumkan kemungkinan Siti Nuramirah Abdullah akan dibebaskan hari ini.

Demikian selepas kutipan dana yang dikumpul sudah menghampiri jumlah bayaran ikat jaminnya berjumlah RM20,000 sepertimana yang ditetapkan mahkamah.

"Ramai beri sumbangan"

Perkara itu kemudiannya disahkan pula oleh peguam bela mewakili Siti Nuramirah iaitu R Sivaraj  yang memaklumkan setakat pagi semalam sebanyak RM15,000 berjaya dikumpul.

"Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramirah Abdullah."

-R Sivaraj-

 

Wanita hina Islam dibebaskan hari ini?

Bukan itu sahaja, pasukannya juga telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan Siti Nuramirah di sisi undang-undang.

 

 

"Bayaran wang jaminan itu dijangka dibuat hari ini jam 9 pagi."

R Sivaraj turut menambah akan mengembalikan wang yang dibiayai orang ramai, sebaik sahaja kes anak guamnya selesai dan wang ikat jamin dibebaskan mahkamah.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen