Dianggap macam ahli keluarga, jiran nafi tuduhan netizen dakwa warga emas cabul kanak2

Jumaat lalu, tular satu hantaran di Facebook meminta agar orang ramai berhati-hati terhadap seorang warga emas yang didakwa telah 'meraba' kanak-kanak secara sembunyi.

Hantaran itu kemudiannya menerima pelbagai respon, rata-ratanya bimbang dengan kejadian tersebut.

Jiran nafi dakwaan netizen

Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan tersebut selepas seorang wanita yang juga merupakan jiran kepada warga emas itu membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Ada masalah komunikasi dan nyanyuk

Wanita terbabit mengaku bahawa lelaki dalam gambar yang ditularkan itu adalah jirannya, malah telah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

"Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tak boleh berkomunikasi dengan baik."

-ACP Tan Cheng San-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen