Dah bayar wang ikat jamin, pasangan hina Islam masih belum dibebaskan

Oleh: Zuzu Yasmine

Terbaru mengenai pasangan hina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan teman lelakinya, V Alexander Navin, dipercayai telah membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000.

Memetik laporan BH Online, wang jaminan itu adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai, yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan hak asasi manusia, Lawyers For Liberty (LFL).

Pasangan berkenaan juga dikatakan dijamin oleh rakan mereka di Kaunter Bayaran Jaminan di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya iaitu di tempat di mana mereka didakwa, melalui peguam R Sivaraj.

Walau bagaimanapun, Sivaraj menyatakan beliau belum dapat mengesahkan bila anak guamnya akan dibebaskan oleh pihak berkuasa memandangkan Siti Amirah ditahan di  Penjara Satelit Beranang manakala Navindi Penjara Satelit Kuala Kubu Bharu.

Peguam berkenaan juga menjelaskan bahawa wang jaminan berjumlah RM40,000 yang berjaya dikumpul adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai dengan menggunakan akaun LFL.

"LFL mengeluarkan dana itu kepada saya sebagai pemegang amanah. Saya akan menyerahkannya kepada penjamin, yang kemudiannya akan membuat bayaran kepada mahkamah serta disimpan dalam jagaan mahkamah.

"Prosedur ikat jamin akan dilakukan hari ini, tetapi kami tidak pasti bila mereka akan dibebaskan. Namun, selaku peguam, saya berpandangan tertuduh sepatutnya dibebaskan serta merta selepas membayar wang ikat jamin.

"Kebiasaannya, kami memahami dalam tempoh pandemik ini berlaku kelewatan pembebasan mereka yang disebabkan oleh faktor teknikal, pengangkutan dan kuarantin," katanya.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, yang membenarkan Siti Nuramira, 26, diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Dalam pada itu,teman lelakinya, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen