Baru beberapa minit dibebaskan, wanita didakwa hina Islam ditahan semula

Sepertimana semua sedia maklum, semalam media telah memaklumkan bahawa Siti Nuramirah Abdullah akan dibebaskan selepas pihaknya berjaya mengumpul dana untuk membayar ikat jaminnya.

Pihak penguatkuasa Jawi tahan Siti Nuramirah

Pun begitu, hanya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita terbabit ditahan pula oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini.

Memetik sumber Kosmo, dia ditahan penguatkuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kuanter Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Berdasarkan prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen