Pernah diamalkan di zaman Jahiliah, penceramah tegur peniaga guna konsep jualan 'cedok'

Pantang 'viral', terus jadi ikutan ramai.

Demikian lah yang menjadi kelaziman dalam masyarakat masa kini, bilamana sesuatu perkara baharu diperkenalkan, terus menjadi ikutan tanpa diketahui hukum melakukannya.

Penceramah bahas isu niaga 'cedok'

Terbaharu, konsep jualan 'cedok-cedok' yang berlangsung secara 'live' di Tiktok pula makin berleluasa.

Namun, ramai tidak tahau bahawasanya ada unsur 'gharar', yang mana konsep tersebut telah diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW.

@ustazamirulamin

Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music - Arslan Chaudhry

 Terpanggil untuk mengulas perkara itu, penceramah bebas PU Amin kemudian memuat naik sebuah video yang memuatkan penjelasannya serta asbab konsep tersebut dilarang dalam Islam.

"Pernah diamalkan di zaman jahiliah...konsep ni dinamakan mulamasah dan munaba-dzlah yang mana diharamkan oleh nabi dalam urusan jual beli..."

"Niaga biar sikit, asalkan halal"

Selain itu, beliau turut menitip pesan kepada peniaga di luar sana agar tidak mengambil ringan akan perkara tersebut kerana semuanya akan dihisab (dihitung) oleh Allah di kemudian harinya.

"Kita meniaga biar sedikit, asalkan ada unsur halal...ada unsur yang Allah Taala reda."

Video jualan 'cedok-cedok'

Bagi yang mungkin belum tahu konsep jualan tersebut, berikut antara sorotan video individu yang pernah melakukan konsep jualan 'cedok'.

Mereka akan menetapkan harga sekali kaut untuk pelanggan dan kemungkinan besar barang yang diperoleh tidak setanding harga yang telah ditetapkan.

 

@kosmetikmurahsueha #cedok viral #fyp #tiktoknews #tiktokmalaysia #FYP #tiktokshop ♬ original sound - Kosmetik Murah Sueha Pasir Mas
 
@nrsyafiqaa16 Kerongsang cedok cedok πŸ”₯ game live stay tuned ❀️✨ #fyp #ditaja #kerongsang #kerongsangmurah #broochmurah #babybrooch #akakkerongsang #broochcedok #murahmurah #cedokcedok #1scroop #randompattern #livekerongsang #broochpastel #babypin #fyppp #fypγ‚·γ‚šviral #fypdongggggggg #fypgakni #fypsounds #soundviral #kerongsang ♬ Good Boy Remix - π•Žπ•šπ•Ÿ ℀𝕒𝕨 π”Έπ•¦π•Ÿπ•˜ πŸ‡²πŸ‡²

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen