Disyaki cuba rogol 'anak orang', remaja 13 tahun nangis 'diajar' orang kampung

Tular di media sosial hari ini sebuah video menyaksikan pertelingkahan yang berlaku membabitkan sekumpulan dewasa dengan seorang remaja lelaki di sebuah kawasan perkampungan.

Didakwa cuba buat benda tak senonoh

Menerusi perkongsian di Twitter, difahamkan remaja lelaki berusia 13 tahun itu didakwa cuba melakukan sesuatu yang tidak senonoh terhadap seorang remaja perempuan.

 

Bagaimanapun, perbuatannya sempat dibongkar orang kampung menyebabkan dia 'dikepung' dan nangis apabila 'dikasari' oleh mereka yang rata-ratanya ingin melampiaskan amarah.

Image

Nangis dikasari orang kampung

Selain itu, remaja terbabit juga diterajang oleh seorang lelaki sambil disaksikan beberapa individu lain.

"Itu bukan lawan kau"

Bagaimanapun, warganet kurang bersetuju dengan tindakan mereka yang dianggap keterlaluan.

Menurut mereka, adalah sebaiknya jika masalah tersebut dibawa kepada pihak yang sepatutnya sebelum perkara lain pula yang berlaku.

 

"Silap-silap dewasa masuk dalam dulu"

"Nanti orang bagi salam, jawab jelah"

"Hantar balai terus"

Namun begitu, masih tiada sebarang info lengkap berhubung insiden tersebut, baik dari ahli keluarga remaja terbabit, orang kampung, mahupun pihak polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen