Tiba-tiba masuk laluan kereta, lelaki tak sempat elak, maut tersepit celah tayar

Tragis.

Demikian gambaran awal warganet susulan melihat bebarapa keping gambar kemalangan yang tular di media sosial sejak semalam.

Memetik laporan Kosmo, seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta sebelum diseret dalam kemalangan di 58 Jementah-Muar pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa yang berusia 40-an ditemui sudah tidak bernyawa tersepit pada tayar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi.

Tak bernyawa tersepit tayar

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan  Bahrin Mohd Noh, siasatan awal mendapati, Perodua Myvi yang dipandu warga emas berusia 80-an dalam perjalanan dari arah Jementah menghala Segamat.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang lelaki itu disyaki keluar secara tiba-tiba ke laluan kereta berkenaan."

"Penunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri kereta tersebut sebelum terjatuh lalu terseret dan tersangkut pada tayar belakang."

-Bahrin Mohd Noh-

Ekoran kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Jementah.

Manakala, Bahrin berkata operasi mengeluarkan mangsa pula dengan menggunakan peralatan khas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen