"Tergamak Ezzat berkata begini?" - Firdaus Wong 'sekolahkan' Pengerusi Tahfiz mulut puaka

Isu rogol yang dianggap sensitif oleh kebanyakan pihak, sebaliknya menjadi bualan jenaka pula oleh seorang individu yang juga merupakan pengerusi sebuah sekolah tahfiz.

"Gadis tu rogol ustaz"

Dia dalam hantarannya di Facebook telah mengulas isu yang tular ketika ini berkenaan seorang penceramah didakwa telah merogol sebilangan kanak-kanak bawah umur.

 

Ujarnya, memandangkan kejadian itu dilakukan secara berulang kali, kebarangkalian remaja perempuan itu yang merogol 'ustaz' terbabit.

 

Lantang komen isu rogol

Bukan itu sahaja, dia juga beranggapan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh penceramah itu bukanlah 'merogol' kerana kejadian berlaku secara 'rela' yang bermaksud pihak remaja terbabit juga menyetujui jika dia diperlakukan ydemikian.

 

Mungkin imej ‎teks yang berkata '‎4:49 Ezzat Tahir வகவா -AMI Rela tp terpaksa 1d Like Reply زاینوددین ايدي Ezzat Tahir kena rogol pun kena rogol la... Janji puas hati... Hahaha 1d Like Reply اله Author Ezzat Tahir Ramai Juga Yg Rela زاینوددین ايدي Jika Di Rogol Oleh Gadis 14 Tahun Kekekeke 1d Like Reply زاینوددین ايدي Ezzat Tahir mau xrela... Klau kereta ibarat baru kluar kilang... Hahaha 1d Like Reply ه Author Ezzat Tahir Mmg Paduuuuu زاینوددین ايدي Reply 1d Like FAMY Famy 3 New Comments Huihhhridaarrvarumauan να aoda Write comment...‎'‎

Mungkin imej 2 orang dan teks yang berkata '4:54 4G Ezzat Tahir 1d. Author Ezzat Tahir Fauziah Zainal Abidin Ketika Di Rogol Gadis Tu Di Paksa Atau Di Pukul ? Takde Pula Dalam Laporan Polis Begitu!!! 18 Like Reply Author Ezzat Tahir Mazwin Rothman Memang Masih Jenaka Kisah Ni

Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'Ezzat Tahir 1d. 1 Author Ezzat Tahir Fauziah Zainal Abidin Itu Daripada Pandangan Kaca Mata Seseorang Yg Ingin Melihat Seseorang Yg Berumur Ingin Mengambil Kesempatan Pada Gadis 14 Tahun... Kes Gadis Anak Muda Yg Miang Keladi Mengedik Menggoda Org Yg Berumur Sehingga Terjadi Nya Kes Rogol Yg Kerap Berlaki Sekarang Kena Ambil Kira Juga... Saya Memiliki Banyak Pengalaman Terhadap 2 Kes Senario Sedemikian Rupa, Sebelum Kita Nak Menunding Jari Menuduh Sebelah Pihak Baiklah Kita Husnuzon Siap2 Kerana Bukan Semua Perkara Yg Kita Lihat Tu Adalah Seperti Yg Kita Fikirkan Gitewww... 18h Like Reply'

Firdaus Wong selar pengerusi tahfiz

Terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut, Firdaus Wong tampil dalam hantaran terbaharunya di Facebook melahirkan rasa dukacita melihat ucapan individu terbabit.

 

 

"Cara berfikir Ezzat sangat bermasalah, apatahlagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya."

"Isunya bukan suka sama suka tetapi bagaimana boleh seorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?"

-Firdaus Wong-

 

"Mental barangkali"

Susulan kenyataan tular, hasil carian mendapati akaun Facebook miliknya tidak lagi aktif.

Namun, namanya terus jadi sebutan warganet bilamana rata-ratanya menyelar tindakan individu terbabit yang dianggap mengarut.

"Ini bukan gurauan"

"Baik diam!"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen