Ingatkan nak jamah lepas menyusu anak, isteri 'sentap' suami habiskan lauk

Perubahan emosi yang dialami oleh seorang wanita, adakalanya dianggap remeh dan tak kurang juga mengada-ada.

Jika dikurniakan pasangan yang memahami, mereka akan dilayan seperti permaisuri dan akan berlaku sebaliknya andai pasangan tidak peka dengan situasi tersebut.

Tinggalkan tulang ikan untuk isteri

Mengambil iktibar dari perkongsian Ayuhnda, menyaksikan luahannya tentang perangai sang suami di rumah.

 

@bojosijiwae Ya Allah semoga besok ada rezeki ku untuk makan enak😭 #ibuasi #ASI #sad ♬ Tak Ingin Usai - Keisya Levronka

Dia yang pada ketika itu sedang menyusukan anak, teruja apabila mendapati suaminya sedang membakar ikan untuk dijadikan santapan mereka sekeluarga.

Namun, mereka tidak dapat makan bersama kerana dia belum selesai menyusukan anak kecilnya.

Usai mengisi perut sang anak, gilirannya pula ingin menikmati hidangan yang dimasak oleh suami tetapi alangkah terkilannya dia apabila melihat ikan tadi hanya disisakan tulang sahaja.

"Simpan aib suamimu" 

Bagaimanapun, luahan wanita itu tidak disenangi warganet kerana menurut mereka perkongsian tersebut secara tak langsung telah mengaibkan suaminya.

 

"Macam tu pun nak up"

"Hati-hati guna sosial media"

 

"Syukur dia dahulukan aku..."

Adapun begitu, tak kurang juga yang simpati dengan nasibnya selain luah syukur kerana kehidupan rumah tangga mereka tidak senasib wanita berkenaan.

 

 

"Suami saya perhatian"

 

"Selalu tunggu"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen