Suami tiba2 emosi, wanita terkedu ditinggal tengah jalan waktu jem. -"Saya tak tahu apahal..."

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Namun, tak dinafikan segelintir individu lebih gemar memendam masalah itu sehingga tanpa sedar tindakannya itu akan memberi kesan buruk kepada diri dan orang sekeliling.

 

Ditinggal suami lepas bertengkar?

Mengambil iktibar dari perkongsian shatulapan, menyaksikan detik mencemaskan apabila dia menemui seorang wanita berbangsa Cina sendirian di tengah lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur.

@shatulapan

tengah ronda2 cari kes kemalangan, tiba2 jumpa auntie ni di tinggalkan suami di tgh2 lebuhraya persekutuan... mcm2 dunia ni, bunuh anak, buang isteri semua ada. alhamdulillah wanita tersebut dah pun saya hantar ke pangkuan suaminya.

♬ original sound - shatu18lapan

 

Dia yang ketika itu sedang membuat rondaan akui terkejut melihat keadaan wanita itu dan segera berhenti tepi untuk bertanyakan tentang masalah dihadapi.

Banyak kali telefon suami

Ujar wanita itu, dia ditinggal oleh suaminya sewaktu lebuhraya sedang berdepan kesesakan.

Tindakan spontan suaminya benar-benar mengejutkan dirinya selain menambah sudah beberapa kali dia cuba menghubungi sang suami selepas kejadian tetapi tidak dilayan menyebabkan dia 'tersadai' di situ.

"Suami dia baik je"

Walau bagaimanapun, pemilik akaun mendedahkan bahawa suami kepada wanita itu orang yang baik.

Akan tetapi, disebabkan penat dan tertekan dengan masalah yang dihadapi membuatkan dia nekad berbuat demikian.

 

"Hatimu mulia bang"

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya tumpang kasihan dengan nasib wanita tersebut dan dalam waktu sama berterima kasih kepada pemuda berkenaan di atas kesudiannnya membantu.

Tidak terbayang rasanya mengenangkan nasib wanita itu sendirian di tengah jalan dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut selepas insiden menimpanya.

"Hanya Allah mampu balas"

"Kesian dia"

 

 

  

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen