Tumpang kasih sejak kecil, pemuda dedah warga emas lari tengah padang kawad bukan bapa kandung

Meskipun hubungan hanya sebatas bapa saudara, namun tindakan seorang warga emas mengangkat dan memeluk pemuda yang dianggap seperti anaknya di tengah padang kawad benar-benar menyentuh hati warganet.

 

 

"Abah, bapa saudara saya"

Ujar Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi yang juga merupakan salah seorang anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna (KPDNHEP), sosok lelaki itu adalah bapa saudaranya.

Nik merupakan anak yatim piatu sejak kecil lagi apabila ibunya meninggal dunia sewaktu umurnya 3 bulan, kemudian bapanya pula dijemput Ilahi ketika usianya 7 tahun.

"Abah, bapa saudara saya."

"Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan, manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun."

Kali kedua rebah

Menurut Nik, walaupun hanya berstatus anak saudara tetapi, layanan bapa saudaranya tidak pernah berbeza dengan enam anaknya yang lain.

Berkongsi detik kejadian, dedah pemuda itu rupanya gambar yang tular merupakan kali kedua dia rebah di tengah padang kawad selain menambah mengalami demam sejak tiga hari lalu.

"Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah."

"Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang."

-Nik Mohamad Adhar-

 

Untuk makluman, momen abah Nik Mohamad Adhar yang mengangkat dan memeluknya itu di Maktab Penjara Kajang sempat dirakam jurugambar dan dimuat naik di Facebook oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menyifatkan gambar-gambar tersebut memaparkan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bahagi, Alexander berkata, beliau tidak mampu menahan air mata melihat apa yang berlaku di depan matanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen