Wanita ditahan polis, didakwa pukul anak angkat sebab tak suka makan nasi

Tular di media sosial menyaksikan tindakan kejam seorang wanita melakukan keganasan ke atas seorang kanak-kanak di meja makan.

 

Tular video kanak-kanak dipukul dengan penyapu

Detik kejadian dapat dilihat menerusi perkongsian Aqiel di Tiktok yang menyaksikan perbuatan wanita tersebut memukul anak perempuannya dengan penyapu.

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound - AQIEL

 

Dalam waktu sama, wanita itu turut memaksa kanak-kanak tersebut makan sehingga dia menangis ketakutan selain menahan sakit diperlakukan demikian.

[adsense code slot="7107598670"]

Polis tahan wanita dera anak

Bagaimanapun, Utusan Malaysia memaklumkan wanita berkenaan telahpun ditahan kira-kira jam 2.30 pagi tadi bersama seorang lelaki warga Singapura.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisoner Mohd Zaid Hassan selepas menerima laporan daripada seorang individu kira-kira jam 12.14 tengah malam tadi.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 18 Julai lalu dan mangsa ini dikatakan seorang kanak-kanak hyper-aktif."

"Mangsa merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri." 

-Mohd Zaid Hassan-

 

Ibu kandung tak mampu jaga

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak bulan April lalu kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

"Namun, mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang kala dicucuh dengan pemetik api." 

"Justeru itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 28 hingga 30an ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan di bawah Seskyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001."

-Mohd Zain Hassan-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen