Suami nangis luar klinik, sebak akhirnya bakal jadi ayah lepas 10 tahun tunggu

Percaya atau tidak, ramai pihak di luar sana tidak faham dengan maksud sebuah perkahwinan.

Demikian mengenangkan tekanan yang dilalui pasangan suami isteri apabila sering dilempar dengan soalan tentang cahaya mata, tambahan pula jika sudah lama berumah tangga.

Nangis lepas 10 tahun tunggu

Begitulah juga yang pernah dilalui oleh pemuda ini, namun siapa sangka penantiannya selepas 10 tahun berakhir dan kini sedang menghitung hari bergelar seorang bapa tidak lama lagi.

Itu bukan satu tempoh yang sekejap, namun dia percaya bahawa doa dan usahanya tidak pernah mengkhianati.

 

@giftboxbabycayang Alhamdulillah.. menghitung hari dari 10 tahun😇 Semoga Allah menjaga kita. Semoga kehadiran malaikat kecil membesar menjadi anak yang soleh ❤️ *baru nak share harini. #fyp #baby #babyboy #menghitunghari ♬ Menghitung Hari (Piano Version) - Gaius Yeong

 

Berkongsi detik kegembiraan itu, isterinya ada  memuat naik sebuah video menyaksikan reaksi sang suami sewaktu menerima khabar bahagia itu.

Terus ajak pergi klinik

Dia  berteriak selepas membuka kotak yang diberi isteri kerana terkejut melihat ujian kit kehamilan menunjukkan respon positif.

Namun begitu, suaminya sukar mempercayai alat itu 'bulat-bulat', jadi dia membawa isterinya membuat pemeriksaan di klinik bagi mensahihkan kehamilan tersebut.

 

Suami pernah kahwin

Di sebalik air mata seorang lelaki, isterinya dedah bahawa sebelum ini suaminya pernah berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata, malah jodoh mereka juga tidak panjang.

Kemudian, mereka bertemu dan selamat disatukan Februari lalu dan dikurniakan rezeki bakal timang cahaya mata tidak lama lagi.

 

 

"Moga baik-baik semuanya"

Tumpang gembira untuk mereka berdua, warganet akui ikut terharu dan sebak dengan 'moment' bahagia itu selain titip doa agar urusan bersalin nanti dipermudah.

"Best tengok reaksi suaminya"

"Aku nangislah!"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen