"Nasib sempat elak..." -Pemandu terkejut nyaris bertembung kereta polis potong di 'double line'

Tindakan sebuah kereta polis memotong di garisan berkembar bikin darah berderau apabila ia hampir menyebabkan kemalangan.

 

Potong di 'double line' undang bahaya

Menelusuri perkongsian nanmanjoi di Twitter, menyaksikan detik kejadian bilamana  kereta polis berkenaan menggunakan laluan di sebelah kiri susulan mengenangkan keadaan trafik yang agak perlahan ketika itu.

 

 

Turut diikuti di belakangnya, dua buah lori 'towing' serta sebuah lagi kereta 4X4 berwarna putih.

Mujur sempat ke tepi

Disebabkan tindakan itu, kenderaan dari arah bertentangan hampir bertembung dengan kesemua pemilik kenderaan yang berada di laluan tersebut.

Bagaimanapun, mujur dia sempat memperlahankan kenderaan sekaligus ke tepi sedikit untuk memberi laluan kepada mereka yang mungkin ingin bergegas.

Namun begitu, tindakan mereka berbuat demikian jelas sekali membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain, lebih-lebih lagi apabila berada di laluan yang sempit seperti itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen