“Gaji minimum RM1500!”- Perdana Menteri kecewa masih ada anak tempatan dibayar rendah

Oleh: Zuzu Yasmine

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meluahkan kekecewaan kerana segelintir majikan didapati menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan dan skop kerja yang perlu dilakukan oleh rakyat tempatan.

"Saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan oleh anak tempatan," luahnya.

Beliau berkata, statistik MYFutureJobs menunjukkan gaji bagi kekosongan jawatan paling banyak ditawarkan di seluruh negara antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

"Saya mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Mei lalu gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500 bagi keselesaan hidup.

"Saya meminta supaya majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja adalah tunjang utama dalam organisasi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan kini giat membangunkan 'talent pool' yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi.

Katanya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan gaji yang ditawarkan majikan berpadanan dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.

Sekaligus bagi menangani ketidakpadanan ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) digesa berunding dengan pihak majikan dan wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan dan solusi terbaik kepada masalah ini.

Malah, beliau berkata, platform 'tripartite' Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru bagi mencapai kata sepakat antara kerajaan, majikan serta pekerja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen