Dituduh curi RM100, ibu sedih lihat anak dibakar kumpulan lelaki. - "Kalau salah, tangkap bukan bakar..."

Hati ibu pasti sayu melihat keadaan anaknya yang dahulunya sihat, kini terlantar dan tidak mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa.

 

Sedih lihat tubuh anak terbakar

Namun, lebih bertambah luluh apabila mengenangkan nasib anaknya yang masih muda menjadi mangsa kekejaman manusia tak berhati perut hingga dia mengalami kecacatan kekal.

Menurut Anisah Takzim, perbuatan membakar anaknya yang berusia 15 tahun secara hidup-hidup amat kejam dan pelaku terlibat, wajar mendapat hukuman setimpal.

“Saya sedar anak saya nakal, tetapi kalau dia buat salah tangkap dan serah kepada polis bukannya bakar hidup-hidup.

“Jika (anak) dipukul sekalipun saya masih boleh terima (perbuatan itu). Saya tak sangka masih ada manusia yang begitu kejam dan tergamak berbuat demikian,”

-Anisah Takzim-

 

Mengerang kesakitan depan pintu

Mengimbau kembali detik mendebarkan itu, Anisah memberitahu dia terkejut apabila mendapati anak bongsunya mengetuk pintu rumah pada jam 3 pagi pada 22 Julai lalu sambil mengerang kesakitan.

Ketika itu, baju yang dipakai anaknya melekat pada tubuh.

“Dia memberitahu kena bakar dan cuba memadam api dengan cara berguling atas tanah sebelum berlari pulang ke rumah.

“Saya tak fikir panjang lalu membawanya yang melecur kira-kira 40 peratus pada badan ke hospital kerana ketika itu kea­daannya kritikal,”

-Anisah Tukiman-

 

Enam suspek ditahan reman

Meskipun kini anaknya sudah berada dalam keadaan stabil, namun nalurinya sebagai seorang ibu berasa sedih mengenangkan nasib anaknya bertarung kesakitan di ICU.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja telah dibakar hidup-hidup  oleh sekumpulan lelaki selepas dituduh mencuri wang berjumlah RM100.

Pun begitu, polis telah menahan seramai lima individu termasuk suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut bagi membantu siasatan.

Suspek utama positif dadah

Sementara itu, pihak polis memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing ke atas suspek utama mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen