Gigih nak buktikan kualiti air sungai pada penduduk, ketua menteri sakit lepas cuba minum

Kegigihan Ketua Menteri di India yang ingin membuktikan kualiti air sungai kepada penduduknya mengundang padah kepada diri sendiri.

Demikian apabila mendapati beliau jatuh sakit dan telah dikejarkan ke hospital selepas meminum segelas air yang diperoleh dari sungai di sebuah kawasan perkampungan.

 

Nak buktikan kualiti air sungai

Video yang tular di Twitter, telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna platform itu menunjukkan Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann minum air sungai untuk membuktikan kepada penduduk tempatan air itu suci dan bersih.

 

Kesan dari itu, beliau mengalami sakit perut di kediamannya yang terletak di Chandigarh pada Selasa lalu.

Jurucakap nafi air sungai jadi punca

Bagaimanapun, pihak jurucakap Bhagwant menafikan perkara itu sebaliknya memaklumkan beliau dibawa ke hospital bagi membuat pemeriksaan rutin.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen