Baru-baru ini, nama Sultan Pemurah menjadi buah mulut ramai di platform TikTok berikutan tidak lokek dalam memberi ‘gift’ atau hadiah kepada beberapa influencer TikTok.
Siapa Sultan Pemurah?
Paling terbaru ketika Ryan Bakery membuat satu sesi ‘live’ pada hujung minggu lalu apabila Sultan Pemurah dikatakan berkali-kali memberi hadiah ‘Singa’.
@makstoberi awakk betul² sultan ni😅tak masalah sekarang ni sapa sultan ni yg sebenar dia bebetul murah hati eh dia..untung laah masyuk si budak @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 ♬ original sound - MakStoBEri
Teruja akan hadiah yang diterima, Ryan turut berkongsikan kegembiraannya bersama tunang yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Malah, Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Dalam live berkenaan, Ryan juga dilihat bimbang sekiranya individu tersebut tersilap memberi hadiah mewah itu berulang kali.
Untuk makluman, jumlah hadiah yang diterima Ryan adalah sebanyak 300,000 coins dan memerlukan RM19,958 untuk membeli Coins sebanyak itu di platform TikTok.
Nak kekal 'low profile'
Bagaimanapun dalam sesi yang lain, Ryan juga berkesempatan bersembang dengan Sultan Pemurah sendiri dan bertanya tentang identiti sebenar beliau.
@imhaze97 5 kali singa kluar drpd sultan pemurah !!! #rwyfb #fyp #fypシ #contentcreator @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 ♬ original sound - Imhaze97
Memilih untuk tidak menunjukkan wajahnya, Sultan Pemurah menyatakan bahawa dia tidak mahu publisiti dan mahu kekal low profile di TikTok bahkan sempat berseloroh bahawa beliau membeli coins di TikTok menggunakan kad kredit milik ayahnya.
Berdasarkan perkongsian, beliau seorang yang sudah berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur. Di profil TikTok miliknya, beliau dilihat memandu sebuah Lamborghini dan seorang rakyat Malaysia.
Katanya, dia akan muncul secara random dalam live sesiapa sahaja di TikTok untuk memberi hadiah secara suka-suka kerana beliau gembira melihat reaksi mereka yang menerima hadiah.
@sultan_tiktok_legit Sedar tak sedar dekat 200k coin bagi kepada imran bad
♬ original sound - Sultan Pemurah
Tinggalkan Komen