Di saat anak-anak baru ingin mengenal dunia, mereka terdedah dengan kepelbagaian benda baru.
Sepanjang fasa itu adalah terbaik jika mereka sentiasa berada dalam pantauan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa sekaligus mengelakkan daripada berlakunya kejadian tak diingini.
Seronok buat kerja sendiri
Mengambil iktibar dari perkongsian di Facebook, pemilik akaun ZT Ztthy ada memuat naik sebuah video rakaman 'dashcam' dari keretanya.
Menerusi video berdurasi 6 saat itu menyaksikan detik anak kecilnya sedang bermain sendirian di bonet hadapan kereta sementara adik beradiknya yang lain sakan bermain kolam renang tidak jauh darinya.
Dalam diam, kanak-kanak itu menyiram bahagian bonet depan dan 'mencuci' kereta bapanya menggunakan penyapu.
Nangis bonet depan calar balar
Disebabkan gerak gerinya tidak dipantau, kanak-kanak itu bebas melakukan apa sahaja di situ dan hasil mencuci tadi, tidak semena-mena bahagian depan bonet tadi calar-balar.
Kelihatan pemilik akaun meletakkan emoji nangis pada ayatnya seolah-olah sedang menggambarkan perasaannya ketika melihat keadaan keretanya.
"Kereta boleh ganti"
Meninjau ke ruangan komen, netizen meminta ibu bapa lebih berlapang dada dengan kejadian tersebut kerana itu merupakan 'moment' keseronokan seorang kanak-kanak.
Jadi, rata-ratanya beranggapan sebaiknya tidak menghalang sebarang aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
"Hantar polish, selesai"
"Normal tu, baru nak membesar"
Tinggalkan Komen